Salam.. bertemu kembali di bulan baru.. iaitu June 2006 di minggu pertama. Hah.. bagaimana keputusan trade pada bulan ini .. mari kita lihat permulaan trade bagi minggu pertama..
Bagi minggu pertama ini, saya tidak dapat membuat trade selama tiga hari. iaitu dari hari Isnin hingga hari Rabu. Ini disebabkan urusan di kampung. Jadi terlepas la trade selama tiga hari. Ini agak merugikan…
Trade bermula pada hari khamis.. dengan cubaan 1 position di pair Sterling/Yen (gbp/jpy). Masih merasa ragu2 ketika ingin membuka position ini kerana jika dirujuk 2 minggu lepas, trade saya mengalami kebarangkalian rugi yang agak tinggi. Tapi dengan tekad.. berikut adalah keputusan bagi minggu ini.
Jun/July
5hb (Isnin)
Live Trade: Pips Win: 0 Pips Pips Loss: 0 pips
Virtual Trade: Pips Win: 0 Pips Pips Loss: 0 pips
6hb (Selasa)
Live Trade: Pips Win: 0 Pips Pips Loss: 0 pips
Virtual Trade: Pips Win: 0 Pips Pips Loss: 0 pips
7hb (Rabu)
Live Trade: Pips Win: 0 Pips Pips Loss: 0 pips
Virtual Trade: Pips Win: 0 Pips Pips Loss: 0 pips
8hb (Khamis)
Live Trade: Pips Win: 125 Pips Pips Loss: 0 pips
Virtual Trade: Pips Win: 85 Pips Pips Loss: 0 pips
9hb (Jumaat)
Live Trade: Pips Win: 21 Pips Pips Loss: -44 pips
Virtual Trade: Pips Win: 32 Pips Pips Loss: 0 pips
Total bersih untuk minggu 1: 102 Pips (Live trade) 117Pips (Virtual trade)
Catatan:
Total pips bersih adalah 102 pips maka ini menjadikan average bagi 2 hari trading adalah 50 pips sehari. Berikut tidak mencapai target harian iaitu 100pips sehari. Ini juga disebabkan pasaran market bagi GBP/JPY pada hari jumaat tidak menunjukkan gerakan yang kuat. Agak sukar untuk memperoleh kemenangan pips.
Kerugian 44 pips adalah berpunca dari pair (eur/usd) .. special edition trade. matawang USD tiba2 menguat diamana position telah dibuka mengikut ramalan bahawa USD mempunyai news yang buruk. Tapi keadaan sebaliknya telah berlaku mengakibatkan price mencecah stop loss di 40 pips. Malah yang sangat mengecewakan adalah, di dapati price selepas mencecah stop loss di 40pips telah naik semula di paras asal dan turut naik sehingga tambahan 30pips tambahan.
Punca kegagalan: Jangan sesekali trade semata2 mengikut keputusan dari orang lain tanpa mengkaji terlebih dahulu. Diharap kesilapan ini tidak akan berulang lagi.
Itu saja buat trading pada minggu ini. Nanti keputusan trading pada minggu hadapan, dimana system akan ditambah dengan satu lagi indicator iaitu indicator ichimoku bagi menguatkan system asal. Semoga keputusan minggu hadapan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.