Apakah itu e-Currency. e-Currency adalah merujuk
kepada matawang elektronik untuk digunakan di laman web dan adalah
matawang global.
e-Currency merupakan sistem pembayaran secara
online yang menggabungkan wang, emas atau sebarang logam lain yang
bernilai seperti perak dan platinum dengan teknologi internet menjadi
asas untuk menyediakan satu cara yang selamat, mudah dan murah kepada
sesiapa sahaja membuat transaksi perniagaan 24-jam sehari. e-Currency
merupakan masa depan kepada transaksi online.
Mungkin
e-Currency agak baru kepada kita tetapi bagi kebanyakan negara luar,
ini adalah sesuatu yang biasa. Malah di Indonesia, pembayaran
menggunakan e-Currency diterima-pakai oleh banyak syarikat. Suatu fakta
yang menarik pada pandangan saya.
Jangan rasa ragu untuk
menggunakannya kerana memang selamat untuk digunakan. Nilai simpanan
ada adalah sama jika ditukar dengan wang biasa, malah mungkin lebih!
Terdapat beberapa jenis e-Currency di seluruh dunia dengan e-Gold adalah yang paling popular digunakan di seluruh dunia.